Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Rapid Kuantan Kemudahan Rakyat - MB Pahang

YAB Menteri Besar Pahang sedang memandu uji bas Rapid Kuantan sewaktu Majlis Pelancaran semalam - Gambar dari laman Twitter @MBPahang

KUANTAN - Penyediaan perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang dikendalikan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) adalah bertujuan membantu rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Rapid Kuantan diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata untuk kemudahan rakyat.

"Pengangkutan bukan satu perniagaan yang menguntungkan, tetapi kita tetap komited menyediakan perkhidmatan ini untuk membantu rakyat.

"Laluan Rapid Kuantan dari arah Kompleks Mahkamah ke Semambu tidak begitu menguntungkan, tetapi laluan dari Gambang ke Terminal Makmur dan laluan Indera Mahkota ke Teluk Chempedak boleh menyumbang kepada tanggungan kos operasi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Rapid Kuantan di sini, Isnin.

Adnan yang mempunyai lesen memandu bas turut memandu sendiri bas Rapid Kuantan ke beberapa laluan yang turut dinaiki oleh anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang serta orang ramai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...