Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Ucapan Tahun Baru 2013 @MBPahang


BENTONG - Sempena menyambut tahun baru 2013, YAB Menteri Besar Pahang berharap tahun ini menjadi tahun buat semua pihak untuk bekerja dengan lebih kuat dalam bidang masing - masing dan menjuruskan kepada kemakmuran Negara.

Beliau juga turut menyeru supaya seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak bertungkus lumus bagi mewujudkan satu transformasi didalam Negara khususnya bagi bidang ekonomi untuk menguatkan Negara menghadapi cabaran yang datang.

"Jika semua orang boleh memberikan sokongan, Insya Allah, dasar yang dibuat oleh Perdana Menteri ini akan memberikan banyak manfaat kepada Negara kita.

"Kita boleh bayangkan dalam Negara kita yang mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan pada ketika yang sama mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat serta kukuh sudah pasti akan menjadikan negara kita bertambah makmur," jelas beliau dalam ucapan Selamat Tahun Barunya disini.

Selain itu, beliau juga turut menyeru agar seluruh rakyat yang berbilang kaum agar dapat mengenepikan hal - hal yang remeh temeh bagi memastikan kerajaan berjalan dengan lancar dan rakyat sentiasa berada dalam keadaan aman, tenteram dan makmur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...